Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Seronoknya jika kita dapat beraya di kampung kan? Tapi nak buat macam mana. Syafiq dan keluarga tidak dapat beraya tahun ini disebabkan terbabit kemalangan jalan raya di Plaza Tol Serdang, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di pagi raya, syafiq dengar takbir raya di dalam lappy (yup, syafiq mengaku air mata jatuh masa itu) dan syafiq tidak sempat bermaaf-maafan dengan mama `n papa sebab mereka berada di wad lain. Di hospital, syafiq terkenang baju melayu warna biru yang syafiq beli dengan keluarga sebelum raya (bila la dapat pakai baju melayu itu kan? T_T) Hari semakin hari, alhamdulillah kesihatan syafiq dan sekeluarga semakin sembuh dan kitaorang boleh keluar pada raya kedua (ewh, apa sedih2 nie) Ok2, now mood happy.. Duit raya syafiq pada tahun ini meningkat dari tahun sebelum ini (ramai yang menziarahi syafiq), syafiq pun tak perlu nak baca buku banyak2 semasa sakit dan if korang perasan, kemalangan kereta syafiq tersebar di TV1 dan surat khabar NST (glamor raya la pulak) Hehe~ ^^
Rasanya belum terlambat lagi syafiq mahu wish "Selamat Hari Raya" kepada semua kawan-kawan di blog ini. Baca dengan teliti (macam jawab paper exam pulak) #ala-ala kad raya dari
Di bulan yang mulia ini, saya Muhammad Syafiq Aiman Bin Zulkarnain menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf andai kata-kata yang dizahirkan di blog ini mendatangkan rasa marah, terguris hati, terkasar bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, syafiq memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang daripada kelemahan kita sendiri. Please forgive me for all wrongs that i;ve done especially to my younger sister adk ct (sorry because i do not take care of you anymore before this) Sorry for everythings that i had done to you guys, 0-0 okay? . May this year to give to us all sweetness 1001 and brings lots of happiness, Amin~ ◕‿◕
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin
(해피 데이 와치, 죄송 순수)
kepada semua pembaca-pembaca blog comot ini~