Assamualaikum .. Annyonghaseyo .. Dh lama syafiq x pegang keyboard lappy nie kan ?? Maklum lah budak SPM .. Hihi .. Hari nie syafiq nak story morry tentang sambutan Maulidur Rasul yang ke 1432H .. Syafiq akan menyampaikan artikel mengenai Sambutan Maal Hijrah secara ringkas k ..
.
.
Dalam sebuah pernyataan yang lain , Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasai kemanisan iman , iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul lebih daripada segala-galanya . Kedua , menyintai seseorang kerana ALLAH dan takut kembali kepada kekufuran setelah ALLAH menyelamatkannya seperti dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas ." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) ..
.
.
Kita hendaklah membuktikan kecintaan kepada Nabi SAW dengan mempamerkan jalan hidup yang menepati susur galur sunahnya dan sentiasa memperbanyakkan bacaan selawat kerana inilah mekanisme yang terbaik menjadikan diri kita benar-benar cintakan baginda . Hidup berkeluarga seperti yang dipandukannya . Hidup bermuamalat juga menuruti jalan yang dipamerkan Rasulullah SAW ..
.
.
Begitu juga dengan akhlak diri seharusnya sejajar dengan akhlak mulia kerana Nabi SAW tidak pernah putus berpesan mengenai perlunya kita berkhlak mulia itu . Sabda Nabi SAW dan ingatlah kata-kata baginda ini sepanjang hayat dikandung badan : " Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya ." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)






