5 Nov '11 text penting dkt status fb Syafiq Elf ♥

19 February 2011

Happy Birthday Mama ◕‿◕

Assalamualaikum .. Annyonghaseyo .. Hari nie "Hari Jadi Mama Syafiq" so syafiq ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih kerana melahirkan ,, menjaga ,, mendidik `n memberi perlindungan kepada syafiq sejak syafiq kecik lagi .. If syafiq ada buat salah syafiq ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki (Mcm Hari Raya jew) Sempena exam SPM tahun ini syafiq akan berusaha untuk mencapai sasaran straight A untuk mengembirakan hati mama `n papa .. InsyaAllah .. Puitis untuk mama ◕‿◕


Dia seorang yang baik hatinya ..
dia seorang yang lembut hatinya
dia seorang yang peramah ..
dia seorang yang sangat memahami
dia seorang wanita
yang telah melahirkan 5 orang cahaya mata yang bertuah melihat dunia..
pelengkap hidup seorang lelaki..
dialah mamaku!
Noor Lela Bt Mad Radzi


Mama .. Selamat Hari Jadi pada 19 Februari 2011


Berapa umur mama syafiq ,, muda kan ?? Maybe mama ada mix kot sebab e2 muka mama clean `n white  (Jealous tgk muka org wrna putih nie) Di bawah ini syafiq ada sediakan 1 hadis untuk tetapan anda semua .. Renung2 kan  ◕‿◕

Ruangan Hadis :
" Ya Allah, Kau berkatilah hidup kedua orang tuaku, sempena kelahiran mama ku ini, berkatilah dan berilah kemudahan dalam hidup mereka suami isteri, semoga mama menjadi isteri yang solehah dan terbaik untuk papa dan juga ibu yang mithali untuk anak anaknya, Aku tahu anugerah terindah ini adalah pinjaman sementara di dunia, namun tunjukkanlah jalan yang benar semoga dapat kami bertemu di syurgaMu, yang kekal abadi tetapkanlah hati kami .. Semoga takkan pernah kami melupakan segala jasa orang tua kami yang melahirkan dan membesarkan kami  .. 


Bbbribom !!










16 February 2011

Maulidur Rasul

Assamualaikum .. Annyonghaseyo .. Dh lama syafiq x pegang keyboard lappy nie kan ?? Maklum lah budak SPM .. Hihi .. Hari nie syafiq nak story morry tentang sambutan Maulidur Rasul yang ke 1432H .. Syafiq akan menyampaikan artikel mengenai Sambutan Maal Hijrah secara ringkas k ..
.
.

Dalam sebuah pernyataan yang lain , Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasai kemanisan iman , iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul lebih daripada segala-galanya . Kedua , menyintai seseorang kerana ALLAH dan takut kembali kepada kekufuran setelah ALLAH menyelamatkannya seperti dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas ." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) ..
.
.
Kita hendaklah membuktikan kecintaan kepada Nabi SAW dengan mempamerkan jalan hidup yang menepati susur galur sunahnya dan sentiasa memperbanyakkan bacaan selawat kerana inilah mekanisme yang terbaik menjadikan diri kita benar-benar cintakan baginda . Hidup berkeluarga seperti yang dipandukannya . Hidup bermuamalat juga menuruti jalan yang dipamerkan Rasulullah SAW ..
.
.

Begitu juga dengan akhlak diri seharusnya sejajar dengan akhlak mulia kerana Nabi SAW tidak pernah putus berpesan mengenai perlunya kita berkhlak mulia itu . Sabda Nabi SAW dan ingatlah kata-kata baginda ini sepanjang hayat dikandung badan : " Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya ." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)